Friday 25 January 2013

2013

Terduduknya saya di atas kerusi sambil menaip sekarang bertujuan ingin menceritakan serba sedikit tentang tahun baru ini. Oh ayat yang sangat skema. Tidak mengapa, aku ingin juga menjadi seorang yang skema, sekali sekala tidak mengapa bukan? Maaf kalau anda tidak suka cara aku menaip, kalau anda tidak suka anda tak payah baca. Harap Maklum. Yang tak maklum itu, buat donno saja okay? Okay, siapa yang faham, anda memang power. Eh eh. Terima Kasih :D Tahun ini sememangnya banyak perubahan, apa yang berubah. Dari segi apa? Banyak lah, tidak dikira gitu. Eh? Tahun ini aku sudah bertukar kelas dari form 1 sampai form 3 aku hanya berada di kelas Ikhlas dan menjadi seorang yang ikhlas. Eh? Betul apa ;p Dan kini aku berada di kelas 4 Harmoni. Walaupun aku tidak berada di kelas sains itu tidak beerti aku tidak akan berjaya. Aku akan belajar bersungguh-sungguh pada tahun ini. Cukup lah aku dibebel oleh ibu dan bapa ku. Kenapa aku dibebel? Aku dibebel kerana mendapat keputusan yang tidak membanggakan ibubapa aku. Hm tetapi keputusan PMR aku lebih baik dari sebelumnya. Syukur Alhamdulillah. Aku mengambil elektif Ekonomi Asas. Oh susah sangat. Dan aku harap aku dapat menjawabnya. Amin. Seterusnya, matapelajaran perdagangan, dan senang lah jugak. And last sekali aku punya matapelajaran teras yang terakhir ialah seni. Oh tidak !!! Aku tidak menyukai seni, kenapa? Kerana aku tidak reti melukis dan mewarna. Tetapi guru seni merangkap guru kelas aku iaitu Puan. Farah Ina mengatakan yang seni itu senang untuk dapat A. InsyaAllah i will try :D Dalam kelas aku mempunyai 31 lelaki dan 10 orang perempuan dan aku menjadi penolong dalam kelas itu kerana perempuan di dalam kelasku tersangat sikit. Kawan kawan lama aku ramai yang masuk kelas sains dan ada juga yang pindah. Itu yang paling aku tidak suka kerana aku juga kehilangan kawan baik aku merangkap kembar aku. Tidak semua orang mempunyai kembar bukan? Kembar tidak semestinya adik beradik, kadang kala kawan kita pun boleh jadi kembar. Itu tidak mustahil okay! Kembar saya kini berada di SMK Teknik Jasin di Melaka. Aku rasa sunyi bila tiada kembar. Kembar kan sentiasa bersama, begitu lah aku dengan dia. Oh aku amat merindui dia. Eceh~ Azam aku tahun ini amat lah banyak. Tidak terkira rasanya. Kalau dibilang dengan jari tangan dan kaki pun tidak cukup. Salah satu azam aku taknak tinggal solat. InsyaAllah. Aku tahun ini kalau boleh taknak suka sesiapa kerana aku mahu fokus untuk pelajaran. Bolehkan? InsyaAllah akan aku usahakan. Sudah sampai di sini sahaja aku mahu bercerita pada tahun baru ini. Kalau aku free aku akan bercerita lagi. Maaf kalau ada silap. Assalamualaikum xX

No comments:

Post a Comment