Friday 8 February 2013

Hijrah daripada realiti kepada realiti lain

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam kitabnya 'Ar-Risalatut-Tabukiyyah',terdapat dua jenis hijrah: 1)Hijrah Fizikal atau Hijrah Jasadi/Badani iaitu hijrah dari satu tempat ke satu temoat yang lain. Terdapat banyak perbincangan dalam aspek hijrah begini. Hijrahh hati kepada Allah SWT. Ini dasar hijrah yang pertama. Hijrah fizikal atau jasdi adalah natijah 'outcome' daripada hijrah hati. Hijrah hati seorang muhajir menuntut penghijrahan atau perpindahan dari satu 'realiti' kepada 'realiti' yang lain. Hijrah daripada mencintai pelbagai benda dan perkara kepada mengkhususkan cinta hanya untuk Allah semata-mata. Hijrah daripada perhambaan kepada pelbagai benda kepada Allah SWT. Hijrah daripada takut kepada pelbagai benda kepada takut hanya kerana Allah SWT. Hijrah daripada bergantung harap kepada pelbagai benda kepada bergantung harap hanya kepada Allah SWT. Hijrah daripada memohon kepada pelbagai benda kepada mengkhususkan memohon hanya kepada Allah SWT. Hijrah kepada menyerah diri kepada pelbagai benda kepada kehendak Allah SWT. Ini adalah daripada pengertian yang menyeluruh 'lari menuju Allah' (farirru ilallah). Firman Allah SWT bermaksud:Katakanlah wahai Muhamammad kepada mereka) ("Maka segerakanlah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat, sesungguhnya aku diutus Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata'(Az-Zariyat (51):50 2) Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, "Ya Allah! Aku menyerahkan diriku kepada-Mu menghadapkan wajahku kepada-Mu, melepaskan segala urusanku kepada-Mu, mengukuhkan belakangku (memperolehi kekuatan) daripada-Mu". Allah SWT menghubungkan dan HIJRAH dalam beberapa ayat di dalam al-Quran yang bermaksud: 'Sesungguhnya orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang(Al-Baqarah (2):(218) Maksud firmannya lagi: 'Sesungguhnya orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin, mereka itu satu sama lain lindung-melindungi" (Al-Anfa (8):(72,74,75) Seterusnya:'Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan' (At-Taubah (9):(20)

No comments:

Post a Comment